Monday, 16 July 2012


KOLEH KACANG HIJAU
che'iza@myresipi.com





Bahan-bahannya:
1 cawan santan pekat (untuk dapatkan tahi minyak)**
secubit garam**

1 cawan gula merah
1 sudu besar gula pasir
1 cawan air
2 cawan santan
1 cawan tepung kacang hijau
secubit garam

Cara-cara membuatnya:
1.  Masak 1 cawan santan pekat dengan api kecil sehingga menjadi tahi minyak. 
     Ambil tahi minyak dan minyak yang terhasil
2.  Masak gula merah dan air hingga gula larut.  Tapiskan
3.  Kacau tepung kacang hijau bersama 2 cawan santan, minyak yang terhasil tadi dan air gula hingga sebati. Tapiskan
4.  Kacau dalam kuali atas api kecil sehingga likat
5.  Masukkan dalam acuan, taburkan tahi minyak dan sejukkan



MUFFIN MARBLE COKLAT CHIPS
cp: Nor Secubit Garam 






Bahannya

100gm butter (Akak guna marjerin je)
120gm tepung gandum *  @ 1 sdk baking powder @ tepung naik sendiri,
(*kalau guna tpg naik sendiri tak perlu ltk b/powder)
80gm gula halus
60ml susu segar
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu teh paste coklat emulco
1 sudu besar serbuk koko

Cara - caranya :

Ayakkan tepung bersama baking powder.
Pukul butter hingga kembang & masukkan gula & pukul sebati.
Masukkan telur & esen pukul (2 minit )
Masukkan tepung berselang seli dengan susu segar (pakai senduk @ whisk bagi sebati )
Bahagian 2 bahagian..1 bahagian warna kuning & 1 bahagian bubuh serbuk koko & paste pandan.
Bubuh dalam papercup 3/4 penuh & taburkan coklat chip @ ikut suka.
Bakar 30 minit - 180' @ mengikut oven masing - masing.




Tuesday, 10 July 2012


Talam Pandan Pisang




Petang2 ni layan kuih talam pisang pulak. Okay saya pun x nak celoteh panjang. Pada sesiapa yang nak mencuba boleh ler tengok resepi kat bawah  ni.  Resepi untuk 1 adunan ler refer kat sini yatiememories 

Bahan Utk Lapisan Bawah-loyang 6" x 6"

·                     350 gm santan cair
·                     60 gm tepung beras.
·                     30 gm tepung gandum.
·                     50 gm cawan gula pasir.
·                     Secubit garam.
·                     1/2 cawan pisang lenyek.
·                     sedikit pewarna kuning

Cara-caranya:
1.          Bancuhkan semua bahan-bahan di atas kecuali pisang.Tapiskan.
2.          Masak dengan menggunakan api yang perlahan.Bila hampir pekat masukkan pisang dan kacau rata.Masak hingga keluar wap.
3.          Alaskan loyang dengan plastik dan sapukan sedikit minyak, tuangkan adunan kedalam loyang.Adunan ni agak likat jadi ratakan dengan senduk plastik agar sekata ketebalannya.
4.          Kukus hingga masak (dlm 15 minit) dan cakar-cakar dengan garfu pada permukaannya.Ketepikan. Sekiranya ada sedikit air di permukaan, sengetkan loyang dan buangkan air tu guna sudu je/ lap guna tisu dapur.

Bahan Utk Lapisan Atas:
·                    1 cawan santan pekat
·                     1/2 cawan jus pandan (3 helai daun pandan dan dikisar bersama air, tapiskan @ 1 sdk pandan paste + 1/2 cwn air)
·                     40 gm tepung gandum.
·                     15 gm tepung jagung.
·                     30 gm gula pasir.
·                     secubit garam.
·                     Sedikit pewarna hijau

Cara-caranya:
1.          Satukan semua bahan-bahan di atas,Tapiskan.
2.          Masak dengan menggunakan api yang perlahan,bila naik wap tuangkan adunan keatas lapisan bawah tadi. Masa tuang adunan, pastikan tiada takungan air di permukaannya.
3.          Ratakan supaya mendapat ketebalan yang sekata (letak plastik atas kuih tu dan ratakan dengan belakng sudu).Kukus hingga masak (dlm 20 minit)
4.          Apabila masak buka tutup pengukus dan biarkan atas api selama 5- 10 minit agar wap di atas kuih kering dan petua untuk mengelakkan kuih talam cepat basi.Selamat mencuba ya.

KEK COKLAT KUKUS CHEF ZUBAIDAH

Kek ni dah lama saya buat, baru hari ni ada peluang untuk upload resepi. Sya siapkan kek masa kami sekeluarga ke Port Dickson.  Kek ni sgt sedap dan sgt moist..Tapi untuk keluarga yang sederhana mungkin adunan ni byk sikit..Berat kek ni pun hampir 1.7kg.  Tapi pe2 pun kek ni sgt sedap. saya boleh bagi 5 bintang untuk resepi ni....





KEK COKLAT KUKUS CHEF ZUBAIDAH
Sumber: AlongRoz @ MyR

Bahan-bahan (loyang 8"/9" bulat) - akak guna loyang 8"x8"
·                     100 gram serbuk koko *
·                     250 gram gula kastor* (akak letak 230 gm je)
·                     1 tin susu isian cair*
·                     200 gram minyak masak sayuran*
·                     250g susu pekat*(akak letak 230 gm je)
·                     4 biji telur - dipukul sehingga berbuih (akak whisk je)
·                     150 gram tepung gandum
·                     1 sudu teh soda bicarbonate
·                     1 sudu teh baking powder

Cara-Caranya:-
1.          Campurkan kesemua bahan bertanda (*) dn masak dengan api perlahan sehingga licin. Tak payah sampai menggelegak.
2.          Satukan dengan telur yg di pukul tadi dgn mixer. (akak guna whisker jek).
3.          Gaulkan bahan-bahan kering dan ampurkan sedikit-sedikit sehingga sebati.
4.          Masukkan ke dalam tin yg dilapik dan diminyakkan. Kukus selama 1 jam dgn api sederhana. Pastikan air telah menggelegak sebelum di kukus.
5.          Sejukkan dahulu sebelum dihiaskan dengan icing.(*akak letak ganache topping jek...

Kek ni boleh juga dibakar pada suhu 160c selama 45 min atau ikut oven masing2.