Tuesday, 10 July 2012


Talam Pandan Pisang




Petang2 ni layan kuih talam pisang pulak. Okay saya pun x nak celoteh panjang. Pada sesiapa yang nak mencuba boleh ler tengok resepi kat bawah  ni.  Resepi untuk 1 adunan ler refer kat sini yatiememories 

Bahan Utk Lapisan Bawah-loyang 6" x 6"

·                     350 gm santan cair
·                     60 gm tepung beras.
·                     30 gm tepung gandum.
·                     50 gm cawan gula pasir.
·                     Secubit garam.
·                     1/2 cawan pisang lenyek.
·                     sedikit pewarna kuning

Cara-caranya:
1.          Bancuhkan semua bahan-bahan di atas kecuali pisang.Tapiskan.
2.          Masak dengan menggunakan api yang perlahan.Bila hampir pekat masukkan pisang dan kacau rata.Masak hingga keluar wap.
3.          Alaskan loyang dengan plastik dan sapukan sedikit minyak, tuangkan adunan kedalam loyang.Adunan ni agak likat jadi ratakan dengan senduk plastik agar sekata ketebalannya.
4.          Kukus hingga masak (dlm 15 minit) dan cakar-cakar dengan garfu pada permukaannya.Ketepikan. Sekiranya ada sedikit air di permukaan, sengetkan loyang dan buangkan air tu guna sudu je/ lap guna tisu dapur.

Bahan Utk Lapisan Atas:
·                    1 cawan santan pekat
·                     1/2 cawan jus pandan (3 helai daun pandan dan dikisar bersama air, tapiskan @ 1 sdk pandan paste + 1/2 cwn air)
·                     40 gm tepung gandum.
·                     15 gm tepung jagung.
·                     30 gm gula pasir.
·                     secubit garam.
·                     Sedikit pewarna hijau

Cara-caranya:
1.          Satukan semua bahan-bahan di atas,Tapiskan.
2.          Masak dengan menggunakan api yang perlahan,bila naik wap tuangkan adunan keatas lapisan bawah tadi. Masa tuang adunan, pastikan tiada takungan air di permukaannya.
3.          Ratakan supaya mendapat ketebalan yang sekata (letak plastik atas kuih tu dan ratakan dengan belakng sudu).Kukus hingga masak (dlm 20 minit)
4.          Apabila masak buka tutup pengukus dan biarkan atas api selama 5- 10 minit agar wap di atas kuih kering dan petua untuk mengelakkan kuih talam cepat basi.Selamat mencuba ya.

No comments:

Post a Comment