Monday, 30 April 2012


BUN KACANG MERAH
Sumber : My resepi.com



Bahan-bahan (12 biji)

250 g tepung roti
30 g telur
10 g susu tepung
40 g mentega
40 g gula kastor
½ camca teh garam
1 camca teh mauripan
½ camca teh bread improver
½ camca teh bread softener

Bahan-bahan lain:-

Inti kacang merah secukupnya
Sedikit mentega untuk disapu

Cara-Cara


1.  Masukkkan kesemua bahan-bahan mengikut turutan kecuali ‘Bahan-
     Bahan lain’, ke dalam bread maker.  Pilih setting utk doh dan on kan.   
     Tunggu sampai siap.

2.  Keluarkan doh dan tumbuk untuk membuang udara.  Rehatkan
     selama 10 minit. Bahagikan doh kepada 12 bahagian (40g setiap
     satu). 

3.  Isikan dengan inti kacang merah dan biarkan naik sekali ganda (lebih
     kurang dlam 35 minit).  Bakar dalam oven yang telah dipanaskan
     pada suhu 180c selama 12 minit. (Aku bakar hampir 1 jam 30
     Minit) baru dia garing dan cantik. Ini semua bergantung pada oven
     masing-masing.

4.  Keluarkan dan sapu permukaan roti ketika masih panas.   


**Inti boleh digantikan dengan kaya atau kelapa****atau dibiarkan kosong pun sedap.




Tuesday, 17 April 2012

MUFFIN PANDAN




Sapa2 yg suka muffin yg harum dgn bau pandan ni jom la cuba resipi ni. Muffin ni saya buat petang tadi untuk minum petang kami merangkap bekal untuk anak ke sekolah besok...muffin ni bagi saya sangat sedappp...




  

MUFFIN PANDAN 
Sumber : Cari.com & Rinnchan
sumber :
K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan:
200gm tepung gandum
1 1/2 tsp baking powder
1/2 tsp soda bikabonat
1/2 tsp garam halus
120gm gula castor
200ml santan kelapa (dalam kotak)
100ml minyak jagung
2 biji telur
*1 tsp pandan paste (Boleh letak extra kalau nak lebih hijau)
*1/2 tsp pandan essence (saya x masukkan pun)
Bahan topping ikut selera - Almond slices/nib, kismis, walnut cincang ceri etc.

Nota :
*Sekiranya tiada pandan paste atau pandan essence, boleh blend 5-7 helai daun pandan bersama 200ml santan di atas dan tapis ya .

Cara-cara:
1. Panaskan oven pada suhu 190 darj cel. Sediakan loyang muffin dan paperliners.
2. Ayak tepung, baking powder, soda bikabonat dan garam halus. Masukkan ke dalam
sebuah mangkuk besar. Campurkan gula halus dan kacau rata menggunakan whisker.
3. Campurkan ke semua bahan basah ke bahan kering. Kaup balikkan sekadar kesemua
bahan bercampur. Adunan akan kelihatan seakan berketul2 sedikit (lumpy).
4. Isikan adunan ke dalam paperliners dan taburkan kepingan almond di atasnya.
5. Bakar selama 20minit.

Raisin Bun

Raisin bread ni saya buat malam tadi untuk brekfast anak2 pagi ni..Bun ni sgt lembut dan gebusss walaupun tidak menggunakan bread improver.  Sesiapa yang berminat boleh le mencubanya....


Bahan-bahan

250gm tepung roti
5gm (1 1/2 camt) instant yeast
50gm gula pasir
3gm garam
35gm kuning telur (2 biji)
8gm tepung susu
25gm unsalted butter ( saya guna marjerin)
137gm air
112gm raisins

olive oil - untuk sapuan atas roti (saya guna marjerin je)
gula pasir - untuk taburan atas roti

cara:

1. masukkan kesemua bahan2 kecuali raisins ke dalam bread machine dan tekankan untuk setting dough. biarkan selama 10 min barulah dimasukkan raisins dan tunggu sehingga siap
2. keluarkan doh dan tumbuk2kan untuk mengeluarkan angin. bentukkan doh menjadi bulat dan rehatkan selama 15 min (proses ini memang penting untuk setiap roti supaya senang untuk dicanaikan)
3. setelah itu bahagikan2 doh kepada 60gm setiap satu dan bentukkan semula menjadi bola
4. susunkan ke atas baking tray dan potongkan seperti gambar dibawah
5. kemudian biarkan ianya naik sekali lagi selama 45min ke 1 jam (pada yang tinggal di negara 4 musim bolehlah di letakkan di dalam oven tanpa on kan dan letakkan dua gelas air panas. tutupkan pintu oven dan biarkan ianya naik dalam 45min ke 1 jam)
6. taburkan gula pasir ke atas setiap buns dan bakar bakar pada suhu 200C (bergantung pada oven masing2) selama 5 min. kemudian turunkan suhu oven pada 190C selama 10 min ( saya bakar > 20 minit) atau sehingga keperangan
7. keluarkan dan sapukan permukaan bun dengan olive oil (olive oil digunakan supaya permukaan roti sentiasa lembut untuk beberapa hari)
~~saya guna marjerin


Nota : (untuk rujukan)

Cara2 Masukkan bhn2 dalam bread machine.

1.   Liquid
2.   Dry ingredients
3.   Last sekali barulah yis.
Tekan dough (NO. 10) dan tekan start (1 jam 30 minit)
**semasa masukkan raisin x payah offkan oven



Monday, 16 April 2012

TALAM UBI KAYU



Kuih talam ubi kayu ni saya hanya buat ½ adunan aje...sebab anak2 x berapa suka kuih2 tradisional ni..jadi sesapa yang nak buat banyak boleh le jengok kat resepi asal.



TALAM UBI KAYU (1/2 ADUNAN~ LOYANG 6")
Sumber: Resepidaria.blogspot
LAPISAN BAWAH
Bahan-bahannya:-
o    350gm ubi kayu (parut dan timbang)
o    50ml santan pekat
o    150ml air
o    125gm gula castor
o    sedikit pewarna kuning

Cara-caranya:-
1.   Satukan kesemua bahan-bahan kedalam periuk dan kacau rata
2.   Masak semua bahan-bahan sehinga pekat
3.  Alaskan loyang dengan plastik.  Tuang kedalam loyang dan kukus selama 25 minit

LAPISAN ATAS:-
Bahan-bahannya:
o    50gm tepung beras
o    25gm tepung ubi
o    25gm tepung gandum
o    1 tsp garam
o    100ml santan pekat
o    400ml air

Cara-caranya:-
1.   Bancuh semua bahan-bahan diatas
2.   Tapis kedalam periuk, masak sehingga naik wap
3.   Tuang keatas lapisan bawah. Sebelum tuang cakar kan sedikit permukaan bawah dengan garpu. 
4.   Kukus selama 30 minit.

Nota:-
Saya tak buat tambahan apa-apa pada resepi diatas cuma santan yang saya gunakan adalah santan segar.  Saya beli sebiji kelapa parut dan kemudian blender untuk dijadikan santan sebanyak 700ml. Satu biji kelapa parut baru RM2, kira lebih menjimatkan jika kita guna kelapa parut sendiri lagipun talam ubi kayu paling sedap kalau guna santan segar.

Untuk mengelakkan kuih melekat kat loyang lapik le plastik dahulu. plastik tu takkan melekat ....dan ia sangat mudah nak dikeluarkan dari loyang. Hanya tarik sahaja plastik tu keluar tapi . Dan satu lagi  jika ada air di permukaan kuih tu..senget kan loyang sedikit dan boleh la lap kan air tu menggunakan tisu atau kitchen towel. Semasa mengukus setiap 15 minit saya buka tutup kukus untuk lap air  - bagi mengelak air jatuh ke bahagian kuih.

Talam Ubi Kayu


Sunday, 15 April 2012




Semalam saya buat pizza untu makan malam kami...memenuhi permintaan anak-anak. Kali ni buat pizza guna tangan dan tak guna bread maker pun..saja nak try.  Lagipun tuk sesapa yang x de BM boleh le guna cara ni...k


 

Pizza
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang


Pizza base ( 2 keping Regular pizza)

·         2 cawan tepung gandum
·         2 sudu kecil yis segera mauripan
·         2 sudu besar susu tepung
·         160 ml air suam
·         1 sudu besar gula halus
·         1/2 sudu kecil garam
·         1/2 sudu besar bread softener (pelembut doh)
·         1 sudu besar olive oil atau  (marjerin/mentega) cair

Cara-cara :

1.    Rendam yis bersama air suam selama 10 minit. (Yis yang baik akan mengeluarkan buih). (saya campurkan dengan gula sekali)- Gunakan bekas yang besar sikit semasa merendam yis ni takut yis membuak keluar.
2.    Dalam mangkuk/bekas berasingan, campurkan kesemua bahan yang selebihnya dan gaul/ramas dengan hanya menggunakan jari. Kemudian, buatkan lubang di tengah-tengahnya dan tuangkan yis tadi perlahan-lahan. Uli sehingga menjadi doh yang elastik.
3.    Simpan doh di dalam satu bekas yang agak besar dan tutup kemas dgn kain lembab. Rehatkan doh selama 45-50 minit. **** (semasa tunggu pizza ni kembang leh la prepare topping- untuk resepi sila rujuk dibawah)
4.    Panaskan oven pada suhu 180C. Sediakan acuan/loyang/pan pizza. Lengserkan sedikit dengan minyak zaitun.
5.    Keluarkan doh dari bekasnya. Tumbuk-tumbukkan sedikit untuk keluarkan angin. Kemudian letakkan doh di dalam pan dengan hanya menekan dengan telapak tangan sahaja. Tidak perlu dicanai (tapi kalau nak, boleh juga). Ratakan doh sehingga padat.
6.    Cucuk permukaan doh dengan garpu dan sapukan dengan minyak zaitun di tepi-tepi doh dengan berus pastri(supaya ia akan kelihatan cantik dan berkilat setelah masak). Biarkan ia rehat selama lebih kurang 10 minit.
7.    Bakar doh selama 7-10 minit. Kemudian keluarkan dari oven.


Topping Pizza

Bahan-bahan

1 keping dada ayam - di potong nipis atau didadu
2 keping sosej - dikerat
1/2 tin cendawan butang (Saya guna "Ayam Brand")
1 biji bawang besar- dadu
3 ulas bawang putih - dadu / dihiris halus (saya dadu)
1 sudu besar cili boh (boleh kurang kalu x nak pedas...saya guna cili kering yang diblender)
2 suudu besar tomato puree
1 biji tomato - dadu
1 sudu besar oregano
1 sudu kecil paprika (saya x letak x de stok)
garam secukup rasa (jgn bubuh banyak sebab tomato puree tu pun masin)

cili benggala (di potong panjang)  dan tomato dihiris bulat untuk ditabur atas pizza.
Keju parut (brand cheddar @ mozarella) - kalau x de guna je cheddar slice tu hiris panjang2 k.

Cara2nya

1.  Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga layu (x yah garing pun x pe)
2.  Masukkan cili boh dan tumis lagi.
3.  Masukkan ayam dan tumis sampai masak. (bolehlah masukkan air sedikit > 1/2 cwn)
4.  Masukkkan sosej, cendawan dan tomoato puree dan tomato yang didadu. Masak sekejap.
5.  Gaulkan oregano kering (mesti letak) dan paprika(saya x letak ) dan garam.  bolehla disejukkan.

***sebenarnya semasa tunggu  doh pizza tu kembang ( 40 - 45 minit) boleh prepare topiing ni.

6..  Akhir sekali ratakan dengan sos tomato, lepas tu  topping yang dimasak tu..cili benggala dan tomato yang dihiris bulat  .  taburkan keju parut. 
9.    Bakar selama 20 minit atau hingga keperangan. (Saya bakar dalam 30 minit