Sunday, 15 April 2012




Semalam saya buat pizza untu makan malam kami...memenuhi permintaan anak-anak. Kali ni buat pizza guna tangan dan tak guna bread maker pun..saja nak try.  Lagipun tuk sesapa yang x de BM boleh le guna cara ni...k


 

Pizza
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang


Pizza base ( 2 keping Regular pizza)

·         2 cawan tepung gandum
·         2 sudu kecil yis segera mauripan
·         2 sudu besar susu tepung
·         160 ml air suam
·         1 sudu besar gula halus
·         1/2 sudu kecil garam
·         1/2 sudu besar bread softener (pelembut doh)
·         1 sudu besar olive oil atau  (marjerin/mentega) cair

Cara-cara :

1.    Rendam yis bersama air suam selama 10 minit. (Yis yang baik akan mengeluarkan buih). (saya campurkan dengan gula sekali)- Gunakan bekas yang besar sikit semasa merendam yis ni takut yis membuak keluar.
2.    Dalam mangkuk/bekas berasingan, campurkan kesemua bahan yang selebihnya dan gaul/ramas dengan hanya menggunakan jari. Kemudian, buatkan lubang di tengah-tengahnya dan tuangkan yis tadi perlahan-lahan. Uli sehingga menjadi doh yang elastik.
3.    Simpan doh di dalam satu bekas yang agak besar dan tutup kemas dgn kain lembab. Rehatkan doh selama 45-50 minit. **** (semasa tunggu pizza ni kembang leh la prepare topping- untuk resepi sila rujuk dibawah)
4.    Panaskan oven pada suhu 180C. Sediakan acuan/loyang/pan pizza. Lengserkan sedikit dengan minyak zaitun.
5.    Keluarkan doh dari bekasnya. Tumbuk-tumbukkan sedikit untuk keluarkan angin. Kemudian letakkan doh di dalam pan dengan hanya menekan dengan telapak tangan sahaja. Tidak perlu dicanai (tapi kalau nak, boleh juga). Ratakan doh sehingga padat.
6.    Cucuk permukaan doh dengan garpu dan sapukan dengan minyak zaitun di tepi-tepi doh dengan berus pastri(supaya ia akan kelihatan cantik dan berkilat setelah masak). Biarkan ia rehat selama lebih kurang 10 minit.
7.    Bakar doh selama 7-10 minit. Kemudian keluarkan dari oven.


Topping Pizza

Bahan-bahan

1 keping dada ayam - di potong nipis atau didadu
2 keping sosej - dikerat
1/2 tin cendawan butang (Saya guna "Ayam Brand")
1 biji bawang besar- dadu
3 ulas bawang putih - dadu / dihiris halus (saya dadu)
1 sudu besar cili boh (boleh kurang kalu x nak pedas...saya guna cili kering yang diblender)
2 suudu besar tomato puree
1 biji tomato - dadu
1 sudu besar oregano
1 sudu kecil paprika (saya x letak x de stok)
garam secukup rasa (jgn bubuh banyak sebab tomato puree tu pun masin)

cili benggala (di potong panjang)  dan tomato dihiris bulat untuk ditabur atas pizza.
Keju parut (brand cheddar @ mozarella) - kalau x de guna je cheddar slice tu hiris panjang2 k.

Cara2nya

1.  Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga layu (x yah garing pun x pe)
2.  Masukkan cili boh dan tumis lagi.
3.  Masukkan ayam dan tumis sampai masak. (bolehlah masukkan air sedikit > 1/2 cwn)
4.  Masukkkan sosej, cendawan dan tomoato puree dan tomato yang didadu. Masak sekejap.
5.  Gaulkan oregano kering (mesti letak) dan paprika(saya x letak ) dan garam.  bolehla disejukkan.

***sebenarnya semasa tunggu  doh pizza tu kembang ( 40 - 45 minit) boleh prepare topiing ni.

6..  Akhir sekali ratakan dengan sos tomato, lepas tu  topping yang dimasak tu..cili benggala dan tomato yang dihiris bulat  .  taburkan keju parut. 
9.    Bakar selama 20 minit atau hingga keperangan. (Saya bakar dalam 30 minit

No comments:

Post a Comment