Monday, 16 April 2012

TALAM UBI KAYU



Kuih talam ubi kayu ni saya hanya buat ½ adunan aje...sebab anak2 x berapa suka kuih2 tradisional ni..jadi sesapa yang nak buat banyak boleh le jengok kat resepi asal.



TALAM UBI KAYU (1/2 ADUNAN~ LOYANG 6")
Sumber: Resepidaria.blogspot
LAPISAN BAWAH
Bahan-bahannya:-
o    350gm ubi kayu (parut dan timbang)
o    50ml santan pekat
o    150ml air
o    125gm gula castor
o    sedikit pewarna kuning

Cara-caranya:-
1.   Satukan kesemua bahan-bahan kedalam periuk dan kacau rata
2.   Masak semua bahan-bahan sehinga pekat
3.  Alaskan loyang dengan plastik.  Tuang kedalam loyang dan kukus selama 25 minit

LAPISAN ATAS:-
Bahan-bahannya:
o    50gm tepung beras
o    25gm tepung ubi
o    25gm tepung gandum
o    1 tsp garam
o    100ml santan pekat
o    400ml air

Cara-caranya:-
1.   Bancuh semua bahan-bahan diatas
2.   Tapis kedalam periuk, masak sehingga naik wap
3.   Tuang keatas lapisan bawah. Sebelum tuang cakar kan sedikit permukaan bawah dengan garpu. 
4.   Kukus selama 30 minit.

Nota:-
Saya tak buat tambahan apa-apa pada resepi diatas cuma santan yang saya gunakan adalah santan segar.  Saya beli sebiji kelapa parut dan kemudian blender untuk dijadikan santan sebanyak 700ml. Satu biji kelapa parut baru RM2, kira lebih menjimatkan jika kita guna kelapa parut sendiri lagipun talam ubi kayu paling sedap kalau guna santan segar.

Untuk mengelakkan kuih melekat kat loyang lapik le plastik dahulu. plastik tu takkan melekat ....dan ia sangat mudah nak dikeluarkan dari loyang. Hanya tarik sahaja plastik tu keluar tapi . Dan satu lagi  jika ada air di permukaan kuih tu..senget kan loyang sedikit dan boleh la lap kan air tu menggunakan tisu atau kitchen towel. Semasa mengukus setiap 15 minit saya buka tutup kukus untuk lap air  - bagi mengelak air jatuh ke bahagian kuih.

Talam Ubi Kayu


No comments:

Post a Comment