Monday, 18 June 2012


Kek Lapis Choco-Horlicks

Kek ni dah lama saya buat, cuma x de masa untuk update kat blog ni.

Pada kawan2 yg nak merasa tu, bolehlah cuba ya. Saya tersalah guna loyang yang besar so lapisan kek x nampak menarik sgt. apa2 pun kek ni  sedap apabila dimakan keesokkan harimye...lagi moist n lagi terasa lemak horlick tu... hari tu saya buat menggunakan marjerin shj..kalau guna butter tentu rasanyer lebih ummmph....


Kek Lapis Choco-Horlicks

Sumber : Yatiememories


Bahan-Bahan (HaSue guna loyang 8.5x4.5", Yatie guna loyang 9x5"..tu yg tak berapa cantik)~ Saya pulak guna loyang 9x 9,  meleper je la kek ni...


·                     250g mentega tulen (sya guna marjerin)
·                     1/2 cawan gula halus
·                     5 biji telur gred A
·                     1/2 tin susu pekat manis-saya letak 1/2 cwn
·                     70g horlicks- 
·                     30g serbuk koko- 
·                     1 sudu teh esen vanila
·                     1/2 cawan tepung hongkong/gandum (saya guna tpg superfine- sja nak abiskan  stok

Cara-Cara
1.           Panaskan kukusan terlebih dahulu.(pastikan tutup ketika memanaskan pengukus) dan gris loyang dengan mentega dan lapikkan kertas minyak.
2.           Pukul mentega dan gula halus sampai berkrim
3.           Masukkan telur satu persatu. (Masuk sebiji,pukul sebati baru tambah sebiji lagi)
4.           Masukkan pula esen vanila dan gaul sebati. Masukkan susu pekat dan tepung hongkong sedikit demi sedikit sambil digaul rata.(jika menggunakan mixer,pastikan guna speed paling perlahan
5.           Gaul sebati menggunakan senduk dan bahagi 2 bahagian
6.           Bahagian 1 masukkan horlicks,kacau sebati dan warnakan kuning. Bahagian 2 pula masukkan serbuk koko dan kacau sebati.
7.           Pastikan pengukus sudah mendidih sebelum mula mengukus.. Kukuslah berselang seli warna sehingga habis.. setiap lapisan mengambil masa 6 minit(bergantung kuat atau perlahannya api dapur)Tutup loyang dengan aluminium foil ketika mengukus untuk mengelakkan air kukusan menitis di atas kek.
 8.           Kukus selama setengah jam lagi selepas kukusan terakhir



No comments:

Post a Comment