Monday, 16 July 2012


KOLEH KACANG HIJAU
che'iza@myresipi.com





Bahan-bahannya:
1 cawan santan pekat (untuk dapatkan tahi minyak)**
secubit garam**

1 cawan gula merah
1 sudu besar gula pasir
1 cawan air
2 cawan santan
1 cawan tepung kacang hijau
secubit garam

Cara-cara membuatnya:
1.  Masak 1 cawan santan pekat dengan api kecil sehingga menjadi tahi minyak. 
     Ambil tahi minyak dan minyak yang terhasil
2.  Masak gula merah dan air hingga gula larut.  Tapiskan
3.  Kacau tepung kacang hijau bersama 2 cawan santan, minyak yang terhasil tadi dan air gula hingga sebati. Tapiskan
4.  Kacau dalam kuali atas api kecil sehingga likat
5.  Masukkan dalam acuan, taburkan tahi minyak dan sejukkan



MUFFIN MARBLE COKLAT CHIPS
cp: Nor Secubit Garam 






Bahannya

100gm butter (Akak guna marjerin je)
120gm tepung gandum *  @ 1 sdk baking powder @ tepung naik sendiri,
(*kalau guna tpg naik sendiri tak perlu ltk b/powder)
80gm gula halus
60ml susu segar
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu teh paste coklat emulco
1 sudu besar serbuk koko

Cara - caranya :

Ayakkan tepung bersama baking powder.
Pukul butter hingga kembang & masukkan gula & pukul sebati.
Masukkan telur & esen pukul (2 minit )
Masukkan tepung berselang seli dengan susu segar (pakai senduk @ whisk bagi sebati )
Bahagian 2 bahagian..1 bahagian warna kuning & 1 bahagian bubuh serbuk koko & paste pandan.
Bubuh dalam papercup 3/4 penuh & taburkan coklat chip @ ikut suka.
Bakar 30 minit - 180' @ mengikut oven masing - masing.




Tuesday, 10 July 2012


Talam Pandan Pisang




Petang2 ni layan kuih talam pisang pulak. Okay saya pun x nak celoteh panjang. Pada sesiapa yang nak mencuba boleh ler tengok resepi kat bawah  ni.  Resepi untuk 1 adunan ler refer kat sini yatiememories 

Bahan Utk Lapisan Bawah-loyang 6" x 6"

·                     350 gm santan cair
·                     60 gm tepung beras.
·                     30 gm tepung gandum.
·                     50 gm cawan gula pasir.
·                     Secubit garam.
·                     1/2 cawan pisang lenyek.
·                     sedikit pewarna kuning

Cara-caranya:
1.          Bancuhkan semua bahan-bahan di atas kecuali pisang.Tapiskan.
2.          Masak dengan menggunakan api yang perlahan.Bila hampir pekat masukkan pisang dan kacau rata.Masak hingga keluar wap.
3.          Alaskan loyang dengan plastik dan sapukan sedikit minyak, tuangkan adunan kedalam loyang.Adunan ni agak likat jadi ratakan dengan senduk plastik agar sekata ketebalannya.
4.          Kukus hingga masak (dlm 15 minit) dan cakar-cakar dengan garfu pada permukaannya.Ketepikan. Sekiranya ada sedikit air di permukaan, sengetkan loyang dan buangkan air tu guna sudu je/ lap guna tisu dapur.

Bahan Utk Lapisan Atas:
·                    1 cawan santan pekat
·                     1/2 cawan jus pandan (3 helai daun pandan dan dikisar bersama air, tapiskan @ 1 sdk pandan paste + 1/2 cwn air)
·                     40 gm tepung gandum.
·                     15 gm tepung jagung.
·                     30 gm gula pasir.
·                     secubit garam.
·                     Sedikit pewarna hijau

Cara-caranya:
1.          Satukan semua bahan-bahan di atas,Tapiskan.
2.          Masak dengan menggunakan api yang perlahan,bila naik wap tuangkan adunan keatas lapisan bawah tadi. Masa tuang adunan, pastikan tiada takungan air di permukaannya.
3.          Ratakan supaya mendapat ketebalan yang sekata (letak plastik atas kuih tu dan ratakan dengan belakng sudu).Kukus hingga masak (dlm 20 minit)
4.          Apabila masak buka tutup pengukus dan biarkan atas api selama 5- 10 minit agar wap di atas kuih kering dan petua untuk mengelakkan kuih talam cepat basi.Selamat mencuba ya.

KEK COKLAT KUKUS CHEF ZUBAIDAH

Kek ni dah lama saya buat, baru hari ni ada peluang untuk upload resepi. Sya siapkan kek masa kami sekeluarga ke Port Dickson.  Kek ni sgt sedap dan sgt moist..Tapi untuk keluarga yang sederhana mungkin adunan ni byk sikit..Berat kek ni pun hampir 1.7kg.  Tapi pe2 pun kek ni sgt sedap. saya boleh bagi 5 bintang untuk resepi ni....





KEK COKLAT KUKUS CHEF ZUBAIDAH
Sumber: AlongRoz @ MyR

Bahan-bahan (loyang 8"/9" bulat) - akak guna loyang 8"x8"
·                     100 gram serbuk koko *
·                     250 gram gula kastor* (akak letak 230 gm je)
·                     1 tin susu isian cair*
·                     200 gram minyak masak sayuran*
·                     250g susu pekat*(akak letak 230 gm je)
·                     4 biji telur - dipukul sehingga berbuih (akak whisk je)
·                     150 gram tepung gandum
·                     1 sudu teh soda bicarbonate
·                     1 sudu teh baking powder

Cara-Caranya:-
1.          Campurkan kesemua bahan bertanda (*) dn masak dengan api perlahan sehingga licin. Tak payah sampai menggelegak.
2.          Satukan dengan telur yg di pukul tadi dgn mixer. (akak guna whisker jek).
3.          Gaulkan bahan-bahan kering dan ampurkan sedikit-sedikit sehingga sebati.
4.          Masukkan ke dalam tin yg dilapik dan diminyakkan. Kukus selama 1 jam dgn api sederhana. Pastikan air telah menggelegak sebelum di kukus.
5.          Sejukkan dahulu sebelum dihiaskan dengan icing.(*akak letak ganache topping jek...

Kek ni boleh juga dibakar pada suhu 160c selama 45 min atau ikut oven masing2.


Tuesday, 26 June 2012



ORANGE MUFFIN




sumber-izah daut
resipi asal-allrecipes.com 

Bahannya:
2 cawan tepung
2 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh garam
1/2 cawan gula halus
 1 sudu besar parutan kulit oren
1/2 cawan butter (dicairkan)
2/3 cawan jus oren -saya perah dari buah oren
1 1/2 sudu besar oren sunquick -saya tambah
2 biji telur
1/2 cawan kacang walnut - dicincang

topping : -saya tak letak, saya taburkan walnut sebagai hiasan.

1 sudu besar butter cair
1/4 cawan gula perang
1/2 sudu teh ground cinnamon

Caranya:
Campurkan tepung, baking powder, soda dan garam, kemudian ayakkan ke dalam mangkuk yang besar. Masukkan pula gula halus dan parutan limau. Kacau sebati.

Satukan jus oren, butter cair, oren sunquick dan telur. Kacau sebati dan tuang ke dalam mangkuk tepung tadi. (***penting masukkan adunan cecair kedlm adunan tepung~ cara ni lebih senang sebati bila digaul nanti)

Gaul semuanya supaya bersatu, tapi jangan terlalu lama cukup sekadar semuanya sebati (dlm 2-3 kali gaul shj. Guna whisker lebih senang.
Masukkan ke dalam muffin try.

Untuk topping, gaul rata butter, gula perang dan cinnamon. Kemudian taburkan di atas muffin tadi.
Bakar muffin pada suhu 175 / 180 C selama 20-25 minit.


***Untuk mendapatkan muffin yang cantik. 10 minit pertama bakar menggunakan api bawah shj. 15 minit berikutnya guna  api atas dan bawah.

Monday, 25 June 2012


Kuih Lapis Pisang

Kuih lapis ni sgt sedap tau sehingga anak2 yang sememangnye x berapa gemarkan kuih tradisional ni boleh ngadap 1/2 loyang...Rasa masam2 dari pisang nangka tu membuat kuih ni lagi sedappp....Akak boleh bagi 5 bintang untuk resepi ni..Proses penyediaan pun x la sesukar mana....Boleh juga guna pisang berangan atau emas. So kalau guna pisang berangan/ emas kurangkan sikit gula takut nanti kuih ni manis sgt. Kalau ikut resepi asal memang menggunakan pisang berangan tapi pada akak guna pisang nangka lagi best...Rasanyer akan ada ulang tayang untuk resepi ni lagi.




Semua resepi2 ni menggunakan cawan dan sudu metrik

(1/2 adunan)

Bahan A
·                     1 cawan santan (akak guna 1/2 paket santan serbuk 25gm + 1 cwn air)
·                     1/2 cawan tepung gandum
·                     1/2 cawan gula pasir (boleh kurang 1sdb kalau x nak manis)
·                   1 sudu besar tepung beras
·                     2 sudu besar tepung kastad/jagung (Akak guna tepung kastard)
·                     1/2 sudu teh garam

Bahan B:-
·                     1/2 cawan pisang yang dilecek ( Lebih kurang 1 biji~ akak guna pisang nangka)
·                     25 gm air (1/4 cwn /2)
·                     sedikit pewarna kuning (*akak tambah, kalau guna tepung kastad, xyah letak la rasanya ~ akak tetap letak jugak spy nampak cantik)


Bahan C:-
·                     25 gm cawan air (1/4 cwn / 2)
·                     sedikit pewarna merah (Akak guna pewarna hijau)


Cara Membuat:-

1.           Campurkan bahan A hingga sebati. Tapiskan dan bahagikan kepada dua bahagian. Lebih kurang 184gm setiap bahagian)
2.           Campurkan bahan B dalam satu bahagian dan kacau rata.
3.           Satu bahagian lagi dicampurkan dengan bahan C dan kacau rata.
4.           Panaskan kukusan. (Sediakan loyang yang digriskan sedikit dengan sedikit minyak. Panaskan sebentar ~ Akak x panaskan sebab guna alum foil) - *cara ni akak buat sebelum mula melapis. nak lebiah senang untuk keluarkan kuih nanti lapikkan loyang/ alum foil ngan palstik
5.           Tuangkan 3 senduk adunan pisang (B) dalam loyang dan kukus selama 3-4 minit.
6.           Kemudian lapiskan pula 2 senduk adunan hijau dan kukus juga selama 5  minit.
7.           Buat sehingga siap setiap lapisan habis.
8.           Semasa kukusan akhir,  kukus lebih kurang 15  minit.
9.           Biar sejuk pada suhu bilik dan barulah dipotong.


Untuk adik2 yang nak mencuba...Ni la loyang yang kak long gunakan untuk melapis kuih ni...so untuk keluarga yang x ramai ckup le utk 1/2 adunan shj. Tapi kalau nak sedekah bagi jiran2 leh buat 1 adunan. resepi kat bawah erk....


Untuk 1 adunan (Loyang 6" - 7") kalau nak guna loyang 9" buat 2 adunan ni erk. Atau boleh refer kat link ni Yatiememories

Bahan A:-
·                     2 cawan santan (akak guna 1 1/2 kotak santan Ayam Brand + air = 2 cawan)
·                     1 cawan tepung gandum
·                     1 cawan gula pasir
·                     2 sudu makan tepung beras
·                     2 sudu makan tepung kastad/jagung
·                     1 sudu teh garam

Bahan B:-
·                     1 cawan pisang emas/berangan - dilecek
·                     1/4 cawan air
·                     sedikit pewarna kuning (*akak tambah, kalau guna tepung kastad, xyah letak la rasanya)

Bahan C:-
·                     1/4 cawan air
·                     sedikit pewarna merah

Cara Membuat:-

 1.           Campurkan bahan A hingga sebati. Tapiskan dan bahagikan kepada dua bahagian.
2.           Campurkan bahan B dalam satu bahagian dan kacau rata.
3.           Satu bahagian lagi dicampurkan dengan bahan C dan kacau rata.
4.           Panaskan kukusan. (Sediakan loyang yang digriskan sedikit dengan sedikit minyak. Panaskan sebentar) - *cara ni akak buat sebelum mula melapis.
5.           Tuangkan hampir 3/4 cawan adunan pisang (B) dalam loyang dan kukus selama 8 minit.
6.           Kemudian lapiskan pula 1/3 adunan merah dan kukus juga selama 8 minit.
7.           Buat sehingga siap setiap lapisan.
8.           Semasa kukusan akhir, balut penutup kukusan dengan kitchen towel dan kukus lebihkurang 10 - 12 minit.
9.           Biar sejuk pada suhu bilik dan barulah dipotong.


Wednesday, 20 June 2012



Puding Roti Pandan Kukus
Resepi Original CT (from my MIL)

Puding roti ni sangattt sedap tau...rugi kalau x cuba. Bila disejukkan disejukkan dalam fridge lagi le bertambah2 kesedapannye...Bahan2 nak masak pun x byk dan masaknyer pun simple jer...selamat mencuba...:)









Loyang 8"

  Bahan-bahan :

 12-14 keping roti putih/gardenia (tak perlu buang kulit tepi).
  (Akak guna 8 keping je...sebab tu je stok roti yang ada)
  200 ml santan kotak
  21/2 cawan air
(Masuk 2 cwn je air)
  3/4 cawan gula pasir (boleh dikurangkan sukatan
).(Akak letak     115gm)
  3 biji telur (Telur 2 biji je)
  1/2 sudu teh esen vanila
( X masuk)
  Sedikit paste pandan (Dan akak tambah 5 helai daun pandan kisar)                               

  sedikit pewarna hijau
  sedikit garam

Cara-cara
 :
1. Panas kan periuk kukusan hingga mendidih. Sapu loyang bulat 8" dengan sedikit minyak. Ketepikan. (boleh juga letakkan plastik bersih dalam loyang yang disapu minyak tadi. Lebihkan sedikit plastik keluar supaya senang nak keluarkan adunan nanti).
2. Dalam mangkuk besar masukkan semua bahan2 kecuali roti. Kacau sebentar. Masukkan dalam blender dan blend hingga gula hancur. Tapiskan dalam mangkuk besar tadi.
3. Rendamkan beberapa keping roti dalam adunan tadi dan ambil sekeping2 susun kedalam loyang. Buat hingga habis dan tuang sedikit balance adunan atas roti.
4. Kukus selama 15 - 20 minit dengan api besar. Biarkan betul2 sejuk dahulu baru boleh dipotong.