Friday, 18 May 2012


CINNAMON PULL APART BREAD

Recipe: Joy the Baker





For the Dough (in BREAD MAKER)

2 3/4 cups tepung gandum  - kite guna tepung roti (next time kalau buat guna tepung 2 1/2 cwn cukup)
1/4 cup gula kasar
2 1/4 sudu kecik yeast
1/2 sudu kecik garam
4 tbs butter
1/3 cup susu penuh krim
1/4 cup air
2 biji telur gred A
1 sudu kecil Vanilla extract

For the Filling

1 cup gula kasar ~ Kiter letak 1/2 cawan gula perang
2 sudu kecil serbuk kayu manis (cinnamon) ~ kite letak 1 sudu kecil jer
1/2 sudu kecil serbuk buah pala (nutmeg) ~ kite x bubuh
4 tbs butter - dicairkan sehingga menjadi brown

Caranya :-
·                     Dalam mangkuk yang besar, campurkan 2 cups tepung, sugar, yeast, and salt. Ketepikan
·                     Pukul telur dan ketepikan
·                     Dalam small saucepan, campurkan susu dan mentega, panaskan sehingga mentega cair. Ketepikan dan masukkan air dan vanilla extract. Biarkan seketika sehingga mixture menjadi suam² kuku.
·                     Tuangkan mixture susu dan mentega tadi kedalam bahan kering, kacau dengan senduk. Masukkan telur dan kacau lagi. Add 3/4 cup tepung, dan uli sehingga sebati. The dough will be sticky. Masukkan dough kedalam mangkuk besar yang telah di gris dengan butter/minyak. Tutup dengan kain atau cling wrap, biarkan sehingga dough naik 2 kali ganda.
·                     Sementara menunggu dough naik, campurkan gula, serbuk kayu manis dan serbuk buah pala di dalam mangkuk.

* Kite guna kaedah Bread Maker :-

·                     Masukkan bahan cecair dulu (bancuhan susu dan mentega, air, telur dan vanila)
Masukkan bahan2 kering (tepung, yis, gula dan garam). On kan BM dan biarkan ia menguli seperti biasa. Dh siap boleh lah mulakan proses step by step tu.

·                     Tabur tepung pada meja kerja, keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara. Tekan² dan canai sehingga menjadi 4 persegi (tabur sedikit tepung jika melekat). Sapu dengan mentega cair, tabur dengan gula perang+serbuk kayu manis tadi rata². Akhir sekali ratakan kismis. Gulung seperti swissroll, gulung ketat². Kerat dengan pisau tajam kepada beberapa bahagian. Kite potong kepada 9 bahagian.
Susun dalam bekas dan biarkan naik seketika. Bakar dalam oven suhu 180C selama 20-25 minit. Bergantung kepada oven masing² atau boleh juga ikut cara joy the baker seperti dibawah

Cinnamon Bread Collage
I worked with my dough right away.  I rolled it 12-inches tall and about 20-inches long.  Then I slathered it with browned butter, cinnamon, and sugar.
I can’t even deal.
Cinnamon Bread Collage

I sliced the dough, vertically, into six long strips.  I stacked em.  I sliced em into six little stacks of dough squares.  I drooled a little.

IMG_1047
This is the dough stacked into a greased and floured 9×5-inch loaf pan… then I prayed for the patience to wait for this dough to rise again.

Thursday, 10 May 2012


BINGKA PANDAN

Bingka ni dah lama masak..dah jadi baja dah....baru ada masa untuk upload resepi...Untuk family yang x berapa ramai....boleh le cuba resepi ni....x susah pun ....semua campak je dalam blender...5 minit siap leh bakar....






2 cawan santan
1 cawan tepung gandum
½ cawan gula
1 biji telur
Garam
1 sdk pandan emulco.(Kalau nak buat plain skipkan ni...) @ nak sedap lagi guna daun pandan original....

Semua bahan2 diatas di “blend” .  Masukkan dalam loyang 6” yang telah disapu minyak dan alaskan loyang dengan foil.

Bakar dalam 10 minit baru tabur bijan.

Suhu 180c selama 1 jam@1 1/2 jam.

Monday, 7 May 2012


Sos Cheezy Wedges ala2 KFC...wowwww





RESEPI SOS CHEEZY WEDGES ALA2 KFC

Bhn2:

2 sdb mentega
2 sudu tepung gandum (kalau nak lagi pekat lebihkan tepung)
200 ml susu segar
 garam (secukup rasa..kalau tak mau masin kenalah sukat dan rasa)
1 sdk serbuk cili (kalau suka pedas boleh letak lebih)
1 sudu kecil serbuk lada putih
2 keping cheddar cheese (saya guna jenama cheesedale)
Sedikit pewarna kuning telur untuk cantikkan lagi warna chezzy

Cara-cara


Cairkan butter, masukkan tepung gandum, kacau jgn bagi berketul(saya guna whisker), masukkan susu, masukkan serbuk cili, serbuk lada putih dan masukkan cheddar cheese dan garam (jgn banyak sebab cheese dah masin… masak hingga kepekatan yang dikehendaki). Letak 
pewarna kuning telur untuk naikkan seri cheezy. 
**Kalau pekat boleh je tambah sedikit air.


resepi asal saya sertakan dibawah ini:


2 ½ sudu mentega
2 ½ sudu tepung gandum (kalau nak lagi pekat lebihkan tepung)
1 liter susu segar
4 sudu kecil garam (secukup rasa..kalau tak mau masin kenalah sukat dan rasa)
2 sudu besar serbuk cili
2 sudu kecil serbuk lada putih
12 keping cheddar cheese (saya guna jenama cheesedale)
Sedikit pewarna kuning telur untuk cantikkan lagi warna chezzy




Sunday, 6 May 2012


 RESEPI KUIH TEPUNG PELITA SIMPLE ( 26-27 bekas)











Bhn2 bahagian bawah:


1 cawan tepung jagung/ tepung beras
7 cawan air
Pewarna hijau/ 3 helai daun pandan ( blend dgn 1 cawan air)
Gula -ikut kemanisan yg disukai

- masak semuanya di atas api perlahan hingga pekat dan tepungnya masak.
- masukkan ke 1/2 dlm daun pisang @ cawan2 kecil .
- ketepikan.

Bhn2 bahagian atas:
1 cawan tepung jagung/ tepung beras
7 cawan santan
Sedikit garam

- masak semua atas api perlahan hingga masak dan pekat.
- masukkan ke atas adunan pandan td dan penuhkan bekas.
- sejukkan dan sedia di makan.

Peringatan:
Lain kali boleh buat 1/2 adunan saje...

Friday, 4 May 2012


SCONE
Sumber : Myresepi.com



Bahan-Bahan


2 cawan tepung gandum
1 tbsp baking powder
½ tsp garam halus
110 gm butter sejuk
2 tbsp gula castor (Boleh tambah ikut selera- Lain kali buat saya kaan tambah jadi 3 tbsp)
1 cwn susu segar (saya hanya guna ¾ cwn sahaja, masuk ikut keperluan sampi doh tu agak-agak lembut dan boleh dicanai).


Cara2

1.  Gaul semua bahan kering dgn garpu.

2.  Buat lubang ditengah tepung, potong butter sejuk kedalam tepung.
     Butter lagi sejuk lagi bagus

3.  Gaul butter dan tepung sampai butter dan tepung jadi berbiji-biji
     seperti serbuk roti. Jgn uli nanti scone jadi padat dan berat.

4.  Masukkan susu dan gaul semua dengan garpu sampai tepung
     melekat sahaja (saya guna tangan ~ agak2 bercantum je tepung tu).
     Memang doh akn rupa x cantik.

5.  Canai doh Jdi 1 inci atas tempat bertepung sedikit (takut melekat).
     Tekap dengan acuan . Bakar pada suhu 230° sampai atas kuning  
     Keemasan.

***Scone boleh dimakan begitu saja atau boleh juga disapu dengan apa2 jem yang disukai, Saya hanya taburkan gula icing shj.*****


Tuesday, 1 May 2012


KEK SARANG SEMUT/ KEK GULA HANGUS
Sumber : Myresepi.com








Bahan-bahan

1 cawan gula
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat
2 sdk soda bikarbonat
4 biji telur
2 sd besar mentega

Cara-caranya:

1.  Masak gula dengan api sedehana sehingga hangus.

2.  Masukkan air panas sedikit-sedikit dan masak lagi hingga gula cair. (hati2 takut merecik).
        
3.  Masukkan mentega. Sejukkan. Ketepikan dulu. Sementara itu....

4.  Pukul telur hingga betul2 kembang dan pekat.

5.  Masukkan susu pekat ke dalam telur tadi, kacau sebati. (aku guna
     mixer)

6.  Masukkan pula tepung + soda yang sudah diayak dan sebatikan.

7.  Akhir sekali masukkan air gula yang dah sejuk.

8.  Perap adunan selama lebih kurang 3-4 jam.

9.  Bakar dengan api sederhana 160-180 selama 1 jam**

**saya bakar guna api bawah sahaja selama 10 minit dan api atas bawah selama 45-50 minit.