Kuih Lapis Pisang
Kuih lapis ni sgt sedap tau sehingga anak2 yang sememangnye x berapa gemarkan kuih tradisional ni boleh ngadap 1/2 loyang...Rasa masam2 dari pisang nangka tu membuat kuih ni lagi sedappp....Akak boleh bagi 5 bintang untuk resepi ni..Proses penyediaan pun x la sesukar mana....Boleh juga guna pisang berangan atau emas. So kalau guna pisang berangan/ emas kurangkan sikit gula takut nanti kuih ni manis sgt. Kalau ikut resepi asal memang menggunakan pisang berangan tapi pada akak guna pisang nangka lagi best...Rasanyer akan ada ulang tayang untuk resepi ni lagi.
Semua resepi2 ni menggunakan cawan dan sudu metrik
(1/2 adunan)
Bahan A
· 1 cawan santan (akak guna 1/2 paket santan serbuk 25gm + 1 cwn air)
· 1/2 cawan tepung gandum
· 1/2 cawan gula pasir (boleh kurang 1sdb kalau x nak manis)
· 1 sudu besar tepung beras
· 2 sudu besar tepung kastad/jagung (Akak guna tepung kastard)
· 1/2 sudu teh garam
Bahan B:-
· 1/2 cawan pisang yang dilecek ( Lebih kurang 1 biji~ akak guna pisang nangka)
· 25 gm air (1/4 cwn /2)
· sedikit pewarna kuning (*akak tambah, kalau guna tepung kastad, xyah letak la rasanya ~ akak tetap letak jugak spy nampak cantik)
Bahan C:-
· 25 gm cawan air (1/4 cwn / 2)
· sedikit pewarna merah (Akak guna pewarna hijau)
Cara Membuat:-
1. Campurkan bahan A hingga sebati. Tapiskan dan bahagikan kepada dua bahagian. Lebih kurang 184gm setiap bahagian)
2. Campurkan bahan B dalam satu bahagian dan kacau rata.
3. Satu bahagian lagi dicampurkan dengan bahan C dan kacau rata.
4. Panaskan kukusan. (Sediakan loyang yang digriskan sedikit dengan sedikit minyak. Panaskan sebentar ~ Akak x panaskan sebab guna alum foil) - *cara ni akak buat sebelum mula melapis. nak lebiah senang untuk keluarkan kuih nanti lapikkan loyang/ alum foil ngan palstik
5. Tuangkan 3 senduk adunan pisang (B) dalam loyang dan kukus selama 3-4 minit.
6. Kemudian lapiskan pula 2 senduk adunan hijau dan kukus juga selama 5 minit.
7. Buat sehingga siap setiap lapisan habis.
8. Semasa kukusan akhir, kukus lebih kurang 15 minit.
9. Biar sejuk pada suhu bilik dan barulah dipotong.
Untuk adik2 yang nak mencuba...Ni la loyang yang kak long gunakan untuk melapis kuih ni...so untuk keluarga yang x ramai ckup le utk 1/2 adunan shj. Tapi kalau nak sedekah bagi jiran2 leh buat 1 adunan. resepi kat bawah erk....
Untuk 1 adunan (Loyang 6" - 7") kalau nak guna loyang 9" buat 2 adunan ni erk. Atau boleh refer kat link ni Yatiememories
Bahan A:-
·
2 cawan santan (akak guna 1 1/2 kotak santan Ayam Brand + air = 2
cawan)
·
1 cawan tepung gandum
·
1 cawan gula pasir
·
2 sudu makan tepung beras
·
2 sudu makan tepung kastad/jagung
·
1 sudu teh garam
Bahan B:-
·
1 cawan pisang emas/berangan - dilecek
·
1/4 cawan air
·
sedikit pewarna kuning (*akak tambah, kalau guna tepung kastad,
xyah letak la rasanya)
Bahan C:-
·
1/4 cawan air
·
sedikit pewarna merah
Cara Membuat:-
1. Campurkan bahan A hingga sebati. Tapiskan dan bahagikan kepada dua bahagian.
2. Campurkan bahan B dalam satu bahagian dan kacau rata.
3. Satu bahagian lagi dicampurkan dengan bahan C dan kacau rata.
4. Panaskan kukusan. (Sediakan loyang yang digriskan sedikit dengan sedikit minyak. Panaskan sebentar) - *cara ni akak buat sebelum mula melapis.
5. Tuangkan hampir 3/4 cawan adunan pisang (B) dalam loyang dan kukus selama 8 minit.
6. Kemudian lapiskan pula 1/3 adunan merah dan kukus juga selama 8 minit.
7. Buat sehingga siap setiap lapisan.
8. Semasa kukusan akhir, balut penutup kukusan dengan kitchen towel dan kukus lebihkurang 10 - 12 minit.
9. Biar sejuk pada suhu bilik dan barulah dipotong.